YAYASAN ANAK-ANAK YATIM
WARDATUL JANNAH
1, Jalan Rimba Riang 9/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.     Tel : 03 - 61502421     Email : y.wardatuljannah@gmail.com
   

RUMAH ANAK-ANAK YATIM
Anak-anak yatim di bawah jagaan Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul ditempatkan di sebuah rumah lot dua tingkat beralamat

1 Jalan Rimba Riang 9/1
Kota Damansara
Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

Rumah ini boleh menempatkan seramai 22 -24 orang anak yatim pada satu-satu masa.

Disebabkan ruang yang terhad, buat masa ini pihak Yayasan hanya menerima permohonan kanak-kanak LELAKI berumur di antara 9 - 13 tahun.

FASILITI BERHAMPIRAN
Rumah ini berada di lokasi yang strategik di Kota Damansara di mana ia dikelilingi oleh fasiliti berikut

1. Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Kota Damansara
2. Surau Al-Ulum Kota Damansara
3. Taman Permainan dan Rekreasi

Lokasi yang strategik ini membolehkan anak-anak menikmati kemudahan yang disediakan dengan hanya berjalan kaki.

SEKOLAH DAN KELAS TAMBAHAN
Anak-anak WardatulJannah dihantar ke sekolah seperti berikut :

1. Sek. Keb. Sek. 9, Kota Damansara (anak-anak sekolah rendah)
2. Sek. Men. Keb. Sek. 8, Kota Damansara (anak-anak sekolah menengah)

Untuk mempastikan anak-anak ini tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan rakan sekelas, pihak Yayasan mengaturkan kelas tambahan waktu petang, malam dan hujung minggu bertempat di Wardatul Jannah sendiri. Antara kelas-kelas yang dianjurkan adalah seperti berikut

1. Kelas Agama dan Fardhu Ain
2. Kelas Bahasa Inggeris
3. Kelas Matematik
4. Kelas Sains
5. Kelas B.Melayu

AKTIVITI REKREASI
Selain daripada kegiatan ko-kurikulum di sekolah, anak-anak Wardatul Jannah juga didedahkan dengan aktiviti sampingan seperti program lawatan ke Petrosains, Menara Berputar, Zoo Negara dan sebagainya. Di samping itu, dari masa ke semasa, sukarelawan dan para dermawan menaja aktiviti riadah anak-anak ke kebun buah-buahan dan seumpamanya.